suria

Gelaran Rasmi Timbalan Yang Di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri hari ini mengeluarkan kenyataan mengenai gelaran rasmi yang digunakan oleh Sultan Kedah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong sepanjang tempoh baginda melaksanakan fungsi jawatan Yang di-Pertuan Agong.

Gelaran rasmi yang digunakan ialah "Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Timbalan Yang di-Pertuan Agong".

Gelaran rasmi yang lain ialah "Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong".

Baginda melaksanakan fungsi jawatan Yang di-Pertuan Agong sejak 26 Januari 2010 hingga 27 Februari 2010 iaitu setelah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin kembali ke tanah air dan berupaya menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong. - BERNAMA

Artikel Lain