suria

Kesemua Enam Mangsa Perahu Naga Terbalik Ditemui

PULAU PINANG: Operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi perahu naga yang terbalik di perairan Lebuh Macallum ditamatkan berikutan kesemua mangsa telah ditemui.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata dua mayat terakhir iaitu Yong Xiang, 16, dan Cheah Zi Jun, 17, ditemui berdekatan antara satu sama lain pada pukul 4.15 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat, lebih satu kilometer dari tempat kejadian.

Katanya operasi mencari dan menyelamat membabit 300 anggota berjalan lancar dengan kerjasama pelbagai agensi seperti polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Unit Pengesan K-9, Jabatan Pertahanan Awam dan bantuan persendirian daripada individu-individu yang prihatin.

Punca sebenar kejadian sedang disiasat termasuklah siasatan daripada aspek kegagalan para pelajar mematuhi garis panduan keselamatan.

"Laporan kejadian telah dibuat dan kita akan siasat punca sebenar kejadian perahu terbalik itu dan kegagalan para pelajar memakai jaket keselamatan supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain