suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir Di Kota Marudu Semakin Buruk

KOTA MARUDU: Keadaan banjir di Kota Marudu bertambah buruk ekoran hujan lebat berterusan sejak Khamis di mana kira-kira 1,600 orang terpaksa dipindahkan setakat ini.

Anggota Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata mangsa ditempatkan di tujuh pusat pemindahan dan lapan rumah tumpangan.

"Kira-kira 330 keluarga telah dipindahkan sementara 20 kampung terputus hubungan jalan raya," kata beliau yang melawat mangsa dan kawasan yang terjejas.

Katanya sebuah jambatan gantung di Kampung Timbang Batu yang bernilai RM190,000 dan baru dibina turut rosak.

Ongkili meminta bantuan makanan disegerakan kepada penduduk yang sukar mendapat bekalan makanan.

Beliau berkata penduduk memerlukan bantuan seperti susu, selimut, tuala, biskut dan keperluan asas yang lain.

Pemberian bantuan boleh juga dimaklumkan melalui e-mel jkba.pdkm

Artikel Sebelum

Usaha Bersihkan Sungai Klang

Artikel Lain