Koroner Lawat Tempat Tahanan Gunasegaran - Semasa | mStar

Koroner Lawat Tempat Tahanan Gunasegaran

KUALA LUMPUR: Koroner Siti Shakirah Mohtarudin hari ini melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, tempat R.Gunasegaran ditahan sebelum dia meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 16 Julai lepas.

Siti Shakirah, yang mengendalikan inkues berhubung kematian Gunasegaran, tiba di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik balai polis itu pada jam 3.10 petang, diiringi Timbalan Pendakwa Raya, Shashita Mohd Hanipa, Peguam M.Visvanathan yang mewakili keluarga Gunasegaran, dan beberapa anggota polis.

Terdahulu, Visvanathan memohon kepada Siti Shakirah agar mahkamah dapat melihat sendiri keadaan sebenar tempat di mana Gunasegaran ditahan.

"Saya memohon kepada mahkamah agar diberi peluang untuk melihat sendiri keadaan di tempat itu dan saya juga memohon kepada mahkamah agar mengarahkan pihak pendakwaan membekalkan gambar tempat ditahan dengan lebih jelas dan luas.

"Ini adalah kerana gambar-gambar yang dibekalkan kepada kami amat terhad pandangannya dan tidak secara keseluruhan," kata Visvanathan.

Terdahulu, saksi ketiga pendakwaan Koperal Norazman Mohamad, 45, memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak membuat dokumentasi terhadap Gunasegaran iaitu laporan ujian air kencingnya kerana lelaki itu tidak boleh membuang air kecil.

"Pada 16 Julai lalu, saya ditugaskan untuk membuat dokumentasi terhadap lima tahanan selepas mereka membuat ujian air kencing termasuk Gunasegaran, tetapi ujian itu tidak dilakukan terhadapnya kerana dia tidak boleh membuang air kecil.

"Sehubungan itu hanya rekod cap jari sahaja yang dilakukan terhadap Gunasegaran, itu pun hanya dapat disiapkan sekeping sahaja," kata Norazman.

Ketika disoal oleh Shashitah, saksi itu menjelaskan beliau tidak melihat kejadian Gunasegaran yang dikatakan rebah dan pengsan kerana terlibat dengan proses dokumentasi tahanan lain.

Norazman memberitahu mahkamah beliau hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan oleh Sarjan Mejar Rajinder Singh yang membawa Gunasegaran ke hospital.

Inkues itu dijalankan bagi menentukan punca kematian Gunasegaran yang pengsan semasa proses merekod cap jari antara jam 6.45 petang dan 7 petang, dan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 7.40 malam.

Norazman tidak bersetuju dengan dakwaan Visvanathan kononnya ada anggota polis yang lain ketika itu memukul dan menendang Gunasegaran kerana tidak dapat membuang air kecil.

"Saya tidak nampak anggota polis yang lain pukul atau menendang mangsa sehingga pengsan dan ketika penahanannya juga tiada sebarang kecederaan akibat dipukul kerana apabila ada penangkapan kita hanya memegang tahanan," katanya.

Inkues itu disambung 13 Januari tahun depan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain