suria

Satu lagi isu roboh kuil: Pejabat MB minta semua pihak bertenang

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor masih lagi menunggu laporan penuh dan kronologi berhubung insiden meruntuhkan sebuah kuil Hindu kecil di Shah Alam sebelum dapat membuat sebarang rumusan serta tindakan selanjutnya.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata, beliau telah pun menghubungi anggota exco, Dr. Xavier Jayakumar dan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam berhubung insiden itu.

“Saya seru agar semua pihak bertenang dan bertindak berdasarkan fakta bukan emosi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Nazmi memberi reaksi kepada laporan media yang menyebut Kuil Mathurai Veeran telah dirobohkan tanpa perundingan dengan jawatankuasa pengurusan kuil atau diberi tawaran sebuah tanah alternatif sebagai ganti.

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu telah dipetik sebagai berkata, tindakan merobohkan kuil itu adalah satu perbuatan pengkhianatan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat kerana mereka telah berjanji tidak akan sewenang-wenangnya merobohkan mana-mana rumah ibadat lagi.

Nik Nazmi menjelaskan, beliau memang menyedari akan kejadian merobohkan kuil berkenaan yang terletak di Persiaran Kerjaya, Jalan Glenmarie, Seksyen U1 in Shah Alam.

“Tapi adalah amat malang sekali beberapa pihak termasuklah MIC cuba untuk mensensasikan isu itu dalam usaha untuk mencapai milej politik menerusi akhbar-akhbar berbahasa Tamil,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain