suria

73,000 unit proton dijual dalam tempoh 6 bulan

SHAH ALAM: Syarikat pembuat kereta nasional, Proton, hari ini mengumumkan bahawa 73,000 unit kereta nasional itu telah terjual dalam tempoh enam bulan sehingga September lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Mohamad Shukor Ibrahim berkata, berdasarkan sentimen pasaran terkini lah maka pihaknya yakin akan mencapai jualan tahunan sebanyak 155,000 unit menjelang Mac tahun depan.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita ketika majlis penyampaian hadiah kepada pemenang peraduan "Proton Drive for Cash".

"Keyakinan dan penerimaan dalam pasaran telah meningkat dan ini jelas dalam peningkatan jumlah jualan," tambah beliau.

Sungguhpun selepas musim perayaan, Shukor menjelaskan, masih banyak tempahan terus diterima.

Beliau juga menekankan bahawa pembeli kereta kini mula menyedari bahawa Proton telah meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatannya, terutama sekali bagi model Persona, Saga dan Exora.

Mengenai peraduan itu yang berlangsung mulai Jun hingga Ogos baru-baru ini, Shukor berkata ia telah mencapai objektifnya kerana jualan kereta bagi Jun dan Julai telah masingmasing mengalami peningkatan kepada 14,065 unit dan 15,809 unit.

Ini, katanya, telah meletakkan Proton di tangga teratas bagi penjualan kereta Malaysia bagi bulanbulan tersebut.

Pemenang bulanan, yang memenangi hadiah wang tunai RM20,000 setiap seorang adalah Tan Kay Pau dari Batu Pahat (Jun), Loh Kam Fook dari Kuantan (Julai) dan Lim Tzaw Feng dari Johor Bahru (Ogos).

Pemenang Hadiah Utama Anisah Alias dari Kota Bahru yang membeli sebuah Persona 1.6L, memenangi RM50,000 untuk slogan ciptaannya.

Mengenai perkembangan kemungkinan perkaitan dengan rakan niaga asing, Shukor berkata peluang sentiasa ada untuk kerja sama,

"Kami melihat ke arah penggabungan produk. Kami juga melihat bagaimana rakan niaga boleh membuat penambahan nilai untuk kami," katanya.

Artikel Lain