suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Universiti tempatan kaji punca, selesai masalah dadah

KUALA TERENGGANU: Beberapa universiti di negara ini giat menjalankan kajian berhubung punca dan cara penyelesaian masalah penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) T.Sinnathambi berkata kajian seumpama itu tidak banyak dibuat di negara ini berbanding luar negara.

"Universiti-universiti berkenaan mengambil peranan mengkaji kenapa dan bagaimana masyarat terjerumus dengan penyalahgunaan dadah," katanya kepada pemberita selepas Karnival Anti Dadah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Peringkat negeri Terengganu, di sini hari ini.

Di samping itu, Sinnathambi berkata AADK mencari jalan bagaimana hendak memastikan penagih dadah pulih dan mengelak mereka yang cenderung atau berpotensi menjadi penagih daripada berbuat demikian.

Beliau berkata tindakan yang dijalankan AADK dalam masyarakat selama ini adalah untuk menyedar, mendidik dan mendapatkan sokongan agar gejala dadah tidak berterusan menular.

Karnival selama empat hari itu disertai pelbagai institusi pengajian tinggi di Terengganu. BERNAMA

Artikel Lain