suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

98 penerjun antarabangsa beraksi di KL Tower International Jump Malaysia

KUALA LUMPUR: Acara "KL Tower International Jump Malaysia" yang berlangsung Jumaat sehingga Ahad menarik penyertaan 98 penerjun dari 18 negara termasuk pemegang rekod dunia dalam acara base jump, Gary Cunningham.

Cunningham, yang berasal dari Australia, pernah melakukan lebih 1,000 terjunan di seluruh dunia, 133 daripadanya di Menara KL pada tahun 2006.

Terdapat 12 penerjun tempatan yang turut beraksi dalam acara sukan ini termasuk kakitangan Menara KL Mohd Idros Mohd Yusop yang telah melakukan lebih 400 terjunan dari Menara KL.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Mohamad berkata bahawa pada tahun ini orang ramai dapat menyaksikan satu kelainan kerana peserta membuat terjunan pada waktu malam di tiga lokasi iaitu di Menara Taming Sari, Melaka, Menara Alor Setar dan Menara Kuala Lumpur.

"Kami menawarkan pakej menarik kepada pengunjung yang ingin menyaksikan sendiri terjunan dilakukan iaitu RM100 pada waktu siang dan RM150 pada waktu malam," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain