suria

KPI barisan kepimpinan utama Puteri bermula tahun depan

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN KUALA LUMPUR: Barisan kepimpinan utama Pergerakan Puteri Umno Malaysia akan dinilai dengan Penunjuk Prestasi Utama (KPI) politik bermula tahun hadapan.

Menurut Ketua Pergerakannya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, KPI tersebut dilaksanakan bagi memastikan pergerakan itu mampu mencapai jumlah ahli yang disasarkan menjelang Mei 2010.

“Saya akan memastikan semua Exco Pergerakan Puteri dan Ketua Puteri Negeri-negeri,, tidak kira sama ada mereka yang menang dalam pemilihan atau yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti akan dinilai dengan KPI ini.

“Penilaian pertama akan dibuat selepas setahun mereka berkhidmat. Ini janji saya kepada akar umbi.Mungkin bunyinya agak keras, namun bukankah kita telah berjanji untuk berubah,” katanya dalam ucapan penggulungan Persidangan Pergerakan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Rabu.

Rosnah berkata, tindakan untuk menambah ahli akan dilakukan segera bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan kira-kira 25,000 anggota pada tahun lepas selepas usia anggota melebihi 35 tahun.

Pada ketika ini Pergerakan Puteri mempunyai 328,00 ahli di seluruh negara.

“Tanggungjawab ini mestilah bukan sahaja perlu dipikul oleh Ketua Pergerakan Puteri di peringkat Negeri dan bahagian bahkan oleh setiap ahli Puteri di semua peringkat.

“Jika setiap ahli Puteri mencari lima orang ahli baru ini bermakna kita mampu menjana sekurang-kurangnya 1.6 juta ahli baru,” katanya.

Beliau berkata, Tanggungjawab untuk menambah keahliaan memerlukan komitmen semua ahli pergerakan Puteri di semua peringkat.

“Insya-Allah saya akan turun padang dan memantau program menjejaki ahli untuk memastikan sasaran yang telah ditetapkan akan dicapai.

“Bukankah kita telah berikrar untuk berjuang mati-matian untuk memastikan parti kita kekal relevan dan akhinya dalam pilihan raya umum yang ke-13 kekal menjadi milik kita dan kepimpinan Barisan Nasional,” katanya.

Artikel Lain