suria

Dua bayi ditemui dibuang di Kajang

KAJANG: Dua kes bayi dibuang dilaporkan di sini hari ini dengan seorang daripadanya ditemui sudah meninggal dunia.

Mayat bayi perempuan itu yang masih bertali pusat ditemui di dalam plastik sampah di Surau Al-Ikhlas di Sungai Chua.

Mayat bayi itu ditemui oleh seorang kanakkanak kirakira 5.30 petang dengan dikerumuni ulat dan lebam.

Mohd Syam Firdaus Suffian, 12, berkata dia terjumpa mayat bayi itu semasa sedang membersihkan surau berkenaan.

"Saya ke bilik air wanita untuk membuang sampah di dalam tong sampah. Saya kemudian nampak kaki kecil seorang bayi dalam plastik sampah yang saya bawa untuk buang. Leher bayi itu telah dikerumuni ulat dan tangannya sudah lebam. Saya kemudian beritahu bilal surau," katanya.

Bilal tersebut, Ismail Yatim, 71, berkata beliau telah melihat plastik hitam itu sejak dua hari yang lepas tetapi menyangka ia plastik sampah.

"Saya minta tolong budak ini tolong bersihkan bilik air dan buang plastik hitam itu. Apabila dimaklumkan perkara itu, saya melihat ada mayat bayi di dalamnya dan terus menghubungi polis," katanya.

Ismail berkata beliau melihat kelibat seorang wanita yang mencurigakan di surau itu beberapa hari sebelum mayat bayi itu ditemui.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Shakarudin Che Mood mengesahkan kejadian itu.

Katanya mayat bayi itu telah dibawa ke Hospital Kajang.

Beliau juga berkata seorang bayi lelaki turut ditemui di hadapan sebuah rumah di Sungai Ramal kirakira pukul 6.30 pagi tadi.

Bagaimanapun bayi itu dijumpai masih hidup dengan dibalut kain dan polis turut menemui wang tunai RM500 bersama bayi itu.

Shakarudin berkata bayi tersebut ditemui penghuni rumah itu dan dipercayai baru diletakkan di situ.

Beliau berkata bayi itu dibawa ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan lanjut dan polis sedang menyiasat kes berkenaan.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat keduadua kes itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 0387362222 atau balai polis berhampiran. BERNAMA

Artikel Lain