suria

Polis cari saksi untuk hadiri perbicaraan Mahkamah esok

KUALA LUMPUR: Polis mencari seorang lelaki untuk hadir sebagai saksi penting perbicaraan di Mahkamah Tinggi Jenayah 4, Jalan Duta di sini esok.

Pegawai Hal Ehwal Awam Polis Dang Wangi, Inspektor Darlina Darno dalam satu kenyataan berkata, saksi yang dicari itu ialah Mohd Noor Razak, 50, kad pengenalan bernombor 590304035011 dan mempunyai alamat terakhir di Kampung Kok Pasir, Palekbang, Tumpat, Kelantan.

Saksi tersebut diminta agar hadir ke perbicaraan mahkamah bagi sebutan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 pada pukul 8.30 pagi.

"Saksi ini juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah (Narkotik) Inspektor Muhd Sukri Lapoli di talian 0320702222 sambungan 315 atau talian telefon bimbit 0192882501 untuk memberi kerjasama," katanya. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain