suria

Mayat pelajar Univeristi Petronas ditemui

BESUT: Mayat pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh, Perak, yang hilang semalam ketika mandi bersama rakan-rakannya di laut berdekatan Tanjung Demong dekat sini ditemui oleh sekumpulan nelayan yang sedang memukat udang pagi ini.

Mayat Mohamad Azamir Mohktar, 20, berasal dari Taman Permai Jaya Selama, Perak dijumpai jam 10.30 pagi tadi tersangkut pada pukat nelayan kira-kira 10 meter dari tempat pelajar itu dilaporkan hilang.

Timbalan Ketua Polis Daerah, DSP Roslan Hasan berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya untuk dibawa balik ke kampungnya untuk dikebumikan.

Katanya, allahyarham Mohamad Azamir tiba di Besut jam 4.30 petang semalam bersama rakan-rakan dan pensyarah Universiti itu dengan tiga buah bas untuk menjalani latihan dan kajian berkaitan batu-batan di Bukit Keluang di sini. BERNAMA

Artikel Lain