suria

Azmi Khalid umum tanding MT Umno

KANGAR: Pengerusi Jawatankuasa Kirakira Wang Negara, Datuk Seri Azmi Khalid hari ini menawarkan diri untuk bertanding kerusi Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan parti Mac tahun depan.

Beliau yang juga anggota parlimen Padang Besar adalah pemimpin Umno yang kedua menawarkan diri untuk jawatan itu selepas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di perkarangan Stadium Utama di sini hari ini, beliau berharap akan mendapat pencalonan mencukupi untuk membolehkan beliau bertanding kerusi itu.

"Dalam keadaan sekarang Umno memerlukan satu rombakan imej dalam usaha menguatkan parti kerana rakyat hari ini akan memilih parti berasaskan kredibiliti yang tinggi,"katanya.

Beliau yakin hasratnya untuk bertanding adalah betul memandangkan tanggungjawab jawatankuasa kewangan negara adalah memberi keseimbangan dan meneliti perbelanjaan negara.

Selain itu, jawatankuasa tersebut layak memanggil manamana pihak yang menyalahgunakan kuasa untuk penjelasan. BERNAMA

Artikel Lain