suria

Tiada pertandingan Ketua di sembilan Umno Bahagian di Kelantan

KOTA BHARU: Sembilan daripada 14 Umno Bahagian di Kelantan tidak akan menyaksikan pertandingan bagi jawatan ketua pada persidangan perwakilan yang bermula Khamis ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Tan Sri Annuar Musa berkata di sembilan itu hanya jawatan Timbalan Ketua dan Naib Ketua Bahagian, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita yang akan ditandingi.

"Jumlah itu menunjukkan semangat kerjasama dalam Umno dan ini menunjukkan satu perkembangan yang baik bagi Umno di Kelantan," katanya kepada Bernama di sini.

Sembilan bahagian yang tiada pertandingan jawatan ketua adalah Gua Musang, Pasir Mas, Bachok, Ketereh, Kota Baharu, Tumpat, Pasir Puteh, Machang dan Jeli manakala lima lagi bahagian yang akan menyaksikan pertandingan ialah Tanah Merah, Rantau Panjang, Pengkalan Chepa, Kuala Krai dan Kubang Kerian.

Annuar berkata pemilihan peringkat bahagian dijangka selesai menjelang 10 Nov. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain