suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

12 terkorban pada hari ke11 Ops Sikap Xvii

KUALA LUMPUR: Seramai 12 kematian dicatatkan pada hari ke-11 Ops Sikap XVII, menjadikan jumlah mereka yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya sejak operasi itu bermula pada 24 Sept sebanyak 155 orang.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli berkata pengguna kereta mendahului angka kematian iaitu seramai enam orang diikuti pengguna motosikal (tiga orang), pejalan kaki (dua orang) dan lain-lain kenderaan satu orang.

Jalan Persekutuan mencatatkan kemalangan paling tinggi dengan 395 kes, diikuti jalan Bandaran (337 kes), Jalan Negeri (186 kes), Lebuh Raya (105 kes) dan jalan-jalan lain (48 kes) yang menjadikan jumlah kemalangan sebanyak 1,071 kes, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Beliau berkata Ops Sikap semalam juga menyaksikan sebanyak 7,260 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan kepada pesalah trafik.

Ops Sikap XVII akan diteruskan sehingga Rabu depan (8 Okt) bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri. BERNAMA

Artikel Lain