SELEPAS seharian penat bekerja, badan dan minda makin terasa 'berat' apabila terpaksa pula melayan perbualan dengan pemandu e-hailing sepanjang perjalanan pulang ke rumah.
Situasi itu mengundang rasa marah seorang penumpang wanita terhadap pemandu e-hailing yang didakwa tidak menghormati privasinya.
Menurutnya dia sudah pun menetapkan permintaan di aplikasi tempahan dengan mod 'senyap' sepanjang perjalanan.

Bekerja sebagai pemandu e-hailing memerlukan usaha dan kesungguhan. -Gambar hiasan
"Dah request perjalanan senyap pun, pemandu ni masih nak bersembang. Boleh tak jangan kacau? Bawa je kereta tu diam-diam.
"Buat apa la letak pilihan tu kalau dah pilih nak senyap pun, pemandu masih juga bersembang, tanya itu ini? Tak faham ke maksud 'senyap' tu?" luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.
Tegas penumpang wanita itu dia enggan diganggu apatah lagi diajak berbual sepanjang perjalanan hingga ke destinasi.
"Saya bukan mahu borak-borak. Sudah minta senyap, diam sajalah. Itu pun susah ke? OMG," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya teringat dekat mak” - Pemandu e-hailing buat ‘u-turn’, tak rela biar nenek tua jalan tengah panas... Sanggup minta pelanggan tunggu
ARTIKEL BERKAITAN: Percaya rezeki Allah, kata-kata warga asing ini bikin pemandu e-hailing sebak... Masih mampu ketawa walau 5 bulan majikan tipu gaji
Malah katanya, mendapat pemandu yang peramah bukan menjadi isu kerana di dalam aplikasi menempah e-hailing tu sendiri boleh memilih perjalanan yang 'senyap'.
"Kat aplikasi tu sendiri dah beritahu kalau penumpang atau pelanggan boleh minta 'quiet ride'," jelasnya.
Masa dalam kereta itulah satu-satunya peluang nak rehat sekejap sebelum sampai rumah.
NETIZEN
Luahan penumpang wanita itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut bersetuju supaya pemandu e-hailing menghormati privasi penumpang.
"Serius, paling menyampah apabila pemandu ajak sembang. Kita ni penat balik kerja, tengah kusut dengan masalah, dia pula nak borak panjang.
"Ada juga pemandu yang suka tanya hal peribadi, dari mana, kerja apa, belajar lagi ke, buat apa sini, tak suka betul apabila ditanya hal macam tu.
"Saya pun tak suka sangat bercakap dengan stranger (orang asing). Dengan mereka ni, kita jumpa kejap, lepas tu pergi. Takkan jumpa lagi pun. Kalau jumpa pun, mungkin tak kenal dah. Bagi saya, borak-borak macam tak berbaloi," demikian antara komen netizen.

Banyak perkara yang difikirkan demi kebaikan bersama semua pihak. -Gambar hiasan
Selain itu, perkongsian wanita itu turut mendapat perhatian dalam kalangan pemandu e-hailing, yang mana rata-rata mereka bersetuju untuk menghormati permintaan pelanggan agar tidak diganggu sepanjang perjalanan.
"Saya sebagai pemandu e-hailing hanya akan bercakap jika dan hanya kalau penumpang mula sembang dulu. Sebab kebiasaannya saya anggap penumpang tak ada mood nak sembang kecuali dia mula sembang dulu, terutamanya kalau berlainan jantina.
"Saya akan layan mereka sebaik mungkin dan buat mereka rasa selesa. Kadang orang baru balik kerja, penat. Masa dalam kereta itulah satu-satunya peluang nak rehat sekejap sebelum sampai rumah. Jadi, saya cuba hormat privasi tu. Kalau nak tanya pasal destinasi, itu tak apa, memang perlu.
"Kalau penumpang minta quiet ride, memang saya hanya buka mulut untuk bagi salam dan sahkan tempahan saja," komen beberapa pemandu e-hailing.


