Nan menunjukkan gambar bayinya yang meninggal dunia sebaik dilahirkan pada 20 Disember lalu. -Foto UdonInfo/Thaiger
SEORANG wanita berusia 23 tahun menuntut penjelasan daripada sebuah hospital kerajaan selepas mendakwa kelewatan rawatan selama lebih tiga jam menyebabkan bayi yang baru dilahirkannya meninggal dunia.Nattawadee 'Nan' Komonwanich berkata segala-galanya bermula apabila dia tiba-tiba mengalami sakit perut yang teruk serta pendarahan serius pada 20 Disember lalu. Menurut Nan, dia dikejarkan ke hospital kerajaan di Udon Thani, Thailand dan diperiksa oleh doktor pelatih serta jururawat sebelum ditempatkan di bilik bersalin.Walaupun pendarahan berterusan, dia mendakwa dimaklumkan bahawa keadaannya adalah normal dan diminta menunggu.Nan mendakwa dia dibiarkan menunggu bermula pukul 7 pagi hingga 10 pagi walaupun berulang kali memaklumkan keadaannya semakin teruk.Seorang doktor senior datang selepas beberapa jam untuk mengendalikan proses bersalin.Bagaimanapun, Nan dimaklumkan bayinya meninggal dunia selepas prosedur bersalin selesai.Ujarnya, doktor memaklumkan punca kematian bayinya adalah gangguan plasenta, iaitu keadaan serius apabila plasenta terpisah daripada rahim sebelum kelahiran.Nan percaya bayinya masih boleh diselamatkan jika rawatan diberikan lebih awal. Wanita itu menegaskan dia tidak menuntut pampasan, sebaliknya mahu pihak hospital bertanggungjawab dan memberi penjelasan yang konkrit.Susulan kejadian itu, wakil hospital bersama pegawai Pejabat Kehakiman Udon Thani dilaporkan melawat Nan dan berjanji untuk menjalankan siasatan rasmi terhadap kes berkenaan. -Agensi