suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja 18 tahun dipaksa minum air kencing... Teruk dibelasah gara-gara dituduh larikan anak gadis orang!

Mangsa diseksa berjam-jam, ditendang, ditumbuk dan diugut.

TINDAKAN melampau sekumpulan individu bertindak kejam terhadap seorang remaja lelaki mencetuskan kemarahan orang ramai.

Berdasarkan laporan, remaja berusia 18 tahun itu diculik dan dijadikan tahanan selama tiga hari.

Sepanjang tempoh tersebut, mangsa diseksa tanpa belas kasihan termasuk dibelasah teruk oleh beberapa orang lelaki.

Lebih mengejutkan apabila rakaman video tular memaparkan mangsa turut dipaksa meminum air kencing daripada sebiji botol yang dipercayai bertujuan menghina dan menjatuhkan maruahnya.

Kejadian dilaporkan berlaku di Jhalawar, Rajasthan di India.

Difahamkan, kejadian tersebut berpunca daripada hubungan cinta mangsa dengan seorang wanita dari kampung Puloro.

Ia berikutan, wanita terbabit dipercayai melarikan diri dari rumah dan tinggal bersama mangsa untuk tempoh lebih dua minggu.

Namun wanita terbabit didakwa pulang semula ke Rajasthan selepas dicari keluarganya.

Tindakannya itu membuatkan mangsa diperangkap untuk bertemu semula sebelum diculik dan dikurung oleh ahli keluarga wanita berkenaan.

Susulan daripada itu, video mangsa dipaksa minum air kencing dan dibelasah dihantar ke keluarganya di Bhopal.

Keluarga mangsa kemudiannya membuat laporan dan sekumpulan polis dikerah ke lokasi tersebut.

"Mangsa diseksa berjam-jam, ditendang, ditumbuk dan diugut. Kami sedang mengenal pasti semua suspek yang terlibat.

"Tindakan tegas akan diambil di bawah seksyen penculikan, mengurung secara haram, serangan dan ugutan jenayah," kata Inspektor Sanjay Soni. -Agensi

Artikel Lain