SEORANG pembantu rumah di Singapura dihukum penjara setahun lapan bulan selepas didapati mencuri wang tunai dan barang kemas milik majikannya yang berusia 75 tahun.Tertuduh, Zaw Zaw Min, 42, yang merupakan warga Myanmar, mengambil kesempatan ketika majikannya sedang tidur dengan menggunakan kad debit warga emas itu untuk mengeluarkan wang di mesin ATM. Antara Disember 2024 hingga Julai 2025, dia membuat pengeluaran sebanyak 43 kali berjumlah S$86,000 (sekitar RM270,691).Bukan itu sahaja, antara Januari hingga Jun 2025, dia turut mencuri barang kemas (emas) bernilai S$20,368 (sekitar RM64,109) untuk digadaikan bagi mendapatkan wang tunai.Difahamkan, majikan terlalu mempercayainya dan menyerahkan kad debit beserta nombor PIN untuk mengeluarkan S$2,000 (kira-kira RM6,295) setiap bulan bagi urusan membeli barangan runcit.Perbuatan pembantu rumah itu terbongkar apabila seorang rakan majikannya mengesyaki sesuatu tidak kena sebelum menghubungi polis pada 11 Julai tahun lalu.Polis kemudian menemui Zaw Zaw Min di lobi lif bersama bagasi dan pasport, selain wang tunai S$2,000 yang diakuinya dicuri.Dalam siasatan, tertuduh mengaku kesal dan memohon maaf kepada majikannya. Dia mendakwa ketagihan judi menyebabkan dirinya gagal mengawal perbuatan, namun memaklumkan tidak semua wang dicuri digunakan untuk berjudi, sebaliknya sebahagian diberikan kepada keluarga. -Agensi