SEORANG wanita bukan sahaja 'berputih mata', malah terpaksa menahan malu apabila tindakan mencuri di majlis perkahwinan diketahui umum.Kejadian dilaporkan berlaku di Mustikajaya, Bekasi, Jawa Barat, di Indonesia. Kejadian yang berlaku pada Rabu itu turut tular di media sosial.Berdasarkan rakaman video tular, [Tonton Video] wanita tersebut dikepung oleh tetamu jemputan majlis berkenaan sebelum diseret masuk ke dalam rumah pengantin oleh seorang lelakiSituasi yang berlaku itu menyebabkan suasana majlis yang sepatutnya ceria bertukar kecoh.Tambahan pula, orang ramai kedengaran bersorak ke arah wanita berkenaan sejurus dia berjaya ditangkap.Menurut Ketua Polis Bantargebang, Pesuruhjaya Sukadi, pelaku telah dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.Hasil siasatan mendapati, wanita tersebut tidak mempunyai sebarang hubungan persaudaraan atau perkenalan dengan pihak penganjur majlis.Dia sebaliknya menyamar sebagai tetamu jemputan untuk masuk ke kawasan majlis.Tambah Sukadi, suspek didakwa sempat melarikan wang berjumlah Rp 420,000 (kira-kira RM120).Dalam pada itu, dia turut memaklumkan bahawa pihak pengantin enggan meneruskan kes dan mahu mengambil langkah perbincangan damai. -Agensi