suria

[V] Sayu lihat budak 9 tahun mundar mandir cari ibu, rebah sebelum disahkan meninggal dunia

Kanak-kanak terbabit rebah ketika mencari ibunya.

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung ketika mencari ibunya.

Tragedi berlaku selepas ibu mangsa yang sudah bercerai menghantar anaknya pulang ke rumah bekas suami sebelum meninggalkan kediaman itu secara senyap-senyap.

Difahamkan, si ibu enggan mengejutkan anaknya kerana bimbang kanak-kanak itu akan berasa sedih.

Namun sebaik menyedari ibunya menghilang, dia berlari keluar ke jalan sambil memanggil-manggil ibunya.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular, wanita itu [Tonton Video] berjalan pantas merentasi kawasan parkir sebelum bersembunyi di belakang sebuah kereta dan mengabaikan panggilan anaknya.

Tidak lama kemudian, kanak-kanak itu rebah sebelum dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia oleh doktor.

Ibu saudara mangsa memaklumkan kanak-kanak itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan sebelum ini dan percaya tragedi tersebut mungkin dapat dielakkan sekiranya si ibu berhenti atau menoleh semula.

Kejadian menyayat hati itu dilaporkan berlaku di Hunan, China.

Dalam pada itu, pakar perubatan menjelaskan serangan jantung merupakan keadaan di mana jantung gagal mengepam darah secara berkesan, menyebabkan organ kekurangan oksigen dan boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.

Kes itu mencetuskan perbincangan hangat di media sosial mengenai kesan emosi terhadap kanak-kanak dan tanggungjawab ibu bapa selepas perceraian. -Agensi

Artikel Lain

Ben Amir kini sah bergelar suami