suria

Pendaki jumpa serpihan disyaki milik ATR 42-500 di puncak Gunung Bulusaraung

Antara serpihan pesawat yang ditemui. -Foto Kompas

SEORANG pendaki mendakwa serpihan yang ditemui di puncak Gunung Bulusaraung, daerah Pangkep, Sulawesi Selatan di Indonesia, adalah milik pesawat ATR 42-500.

Menurut laporan Kompas.com, lokasi yang dipercayai berlakunya nahas itu mula didedahkan di Instagram Story @ekowisata_bulusaraung.

Berdasarkan rakaman video yang dikongsikan, pendaki tersebut menjumpai beberapa serpihan isi pesawat yang dipercayai dari ATR 42-500 yang hilang.

Dia kemudiannya memaklumkan penemuan itu kepada pihak pengurusan pelancongan sebelum perkara tersebut disahkan oleh Pengurus Ekopelancongan Bulusaraung, Hasbi.

Perkongsian yang dibuat pendaki terbabit.

"Seorang pendaki menemui serpihan di puncak. Lokasi sebenar nahas masih belum dapat dipastikan," katanya.

Menurut Hasbi, antara serpihan yang ditemui termasuk lambang dan beberapa keping kertas renyuk berlabel manual Indonesia Air, namun kesahihan sama ada ia benar-benar milik pesawat ATR 42-500 masih belum dapat dipastikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat ATR 42-500 dilapor hilang dari radar, pasukan SAR digerakkan ke lokasi terakhir

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Pangkep dan Agensi Pengurusan Bencana Wilayah Pangkep (BPBD) dilaporkan telah bergerak ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.

Setiausaha BPBD Pangkep, Muhammad Arsyad, mengesahkan pihaknya sudah berada di kawasan berkenaan.

"Ya, ia telah ditemui. Ia berada di puncak Gunung Bulusaraung," katanya. -Agensi

Artikel Lain

Ben Amir kini sah bergelar suami