suria

Remaja 15 tahun antara tujuh mangsa dijangkiti HIV, angkara lelaki gila seks sembunyi status penyakit

Pelaku hubungan sejenis terdedah kepada risiko jangkitan HIV. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki didapati bersalah atas tuduhan rogol selepas dia dengan sengaja menyebarkan penyakit HIV kepada tujuh individu.

Menurut pendakwaan, Adam Hall, 43, melakukan hubungan seks tanpa perlindungan dengan tujuh lelaki tanpa memaklumkan status penyakitnya.

Hall berkenalan dengan mangsa-mansangnya melalui platform dalam talian.

Sebahagian lagi mangsa berkenalan dengan Hall di sebuah bar di Newscastle, England.

Mahkamah dimaklumkan Hall disahkan menghidap HIV pada Ogos 2010 dan diberikan ubat untuk rawatan.

Namun, pakar perubatan mengesahkan kepada mahkamah bahawa lelaki itu tidak mematuhi rawatannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki gay tak kisah nikah wanita tangkap muat! Cerai tak sampai setahun, bekas isteri masih dara tak pernah disentuh

Pendakwa raya berkata antara 2015 hingga 2023, Hall didakwa berniat memusnahkan kehidupan mangsa-mangsanya dengan melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.

Salah seorang mangsa, yang identitinya tidak boleh didedahkan, berusia 15 tahun ketika dijangkiti, manakala mangsa lain berusia sekitar 20-an.

Mangsa hanya mengetahui mereka dijangkiti penyakit itu selepas menjalani ujian dan didapati positif HIV.

Perbicaraan yang berlangsung selama 97 hari bermula pada November lalu, dengan juri mengambil masa 42 jam 51 minit sepanjang sembilan hari untuk mencapai keputusan sebulat suara bagi 15 pertuduhan.

Hall juga akan dijatuhi hukuman bagi kesalahan pengedaran dadah, namun mahkamah menangguhkan keputusan hukuman sehingga 23 April depan. - Agensi.

 

Artikel Lain