suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menderita 6 bulan dipukul alasan nak beri ‘bimbingan’, lelaki 53 tahun maut angkara majikan dan rakan sekerja

Majikan dan rakan sekerja yang mendera pekerja boleh dikenakan tindakan undang-undang. -Gambar hiasan AI

SEORANG bekas pemilik restoran dan pekerjanya berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah menyerang hingga menyebabkan kematian seorang lagi pekerja.

Tertuduh, Kenichiro Imamura, 44, dan bekas pekerja Masakazu Niwa, 43, didapati bersalah mencederakan Junichi Otani, 53, sebelum mangsa meninggal dunia akibat kegagalan pada organ.

Kes berlaku antara 13 hingga 26 Februari 2024 itu dibicarakan semula selepas Mahkamah Daerah Tsu menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh.

Tindakan kejam yang dilakukan kedua-dua individu itu berlaku di sebuah restoran di Bandar Yokkaichi, Mie di Jepun.

Menurut laporan polis, mereka mengikat tangan kanan mangsa pada sebuah meja sebelum mengurungnya di dalam bilik di tingkat dua restoran itu selama lebih 26 jam.

Mangsa turut dilaporkan mengalami patah pada bahagian tulang rusuk.

Pendakwa raya berkata, kedua-dua lelaki itu berulang kali memukul Junichi dengan alasan memberi bimbingan dan hukuman selama kira-kira enam bulan sebelum kejadian.

Mereka juga dikecam kerana mencalarkan maruah mangsa dengan memaksanya makan makanan dari atas lantai. -Agensi

Artikel Lain