suria

Misteri beg berisi mayat... Dua kanak-kanak ditemukan dalam keadaan menyayat hati, tiada rekod sepadan laporan orang hilang

Lokasi mayat kedua-dua mangsa ditemui. -Foto Mirror

PENEMUAN dua mayat kanak-kanak perempuan yang disumbat ke dalam sebuah beg pakaian pada Isnin lalu, mengejutkan penduduk di Cleveland, Amerika Syarikat.

Berdasarkan laporan, mayat mereka ditemukan oleh seorang penduduk yang sedang bersiar-siar bersama anjing peliharaannya sebelum memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa dipercayai adik-beradik tiri namun identiti mereka masih belum dikenal pasti.

Salah seorang mangsa dipercayai berusia lapan hingga 13 tahun manakala seorang lagi dianggarkan 10 hingga 14 tahun.

Ketua Polis Cleveland, Dorothy Todd berkata, punca kematian kedua-dua kanak-kanak itu juga masih belum dapat dipastikan.

Malah menurutnya, mayat mangsa dipercayai telah berada di lokasi berkenaan untuk tempoh tertentu sebelum ditemui.

Tambah Dorothy, setakat ini kes berkenaan juga tidak sepadan dengan mana-mana laporan kehilangan individu yang aktif di kawasan tersebut.

Sementara itu, pejabat pemeriksa perubatan mengesahkan melalui ujian hubungan DNA awal bahawa kedua-dua mangsa merupakan adik-beradik tiri.

Pihak berkuasa memaklumkan maklumat lanjut mengenai kes itu akan diumumkan selepas siasatan lanjut selesai dijalankan. -Agensi

Artikel Lain