SEORANG wanita berusia 26 tahun terpaksa menjalani dialisis sepanjang hayat selepas doktor mengesahkan buah pinggangnya gagal berfungsi sepenuhnya, dipercayai berpunca daripada tabiat meminum teh boba selama bertahun-tahun.Difahamkan wanita berasal dari Taiwan itu mengambil minuman berkenaan sebanyak dua gelas setiap hari bagi menghilangkan tekanan ketika bekerja dalam tempoh yang panjang untuk mencapai sasaran jualan. Wanita itu pada mulanya mengalami bengkak pada wajah selama enam bulan namun menganggap ia berpunca daripada masalah kurang tidur.Keadaannya menjadi kritikal apabila dia tiba-tiba mengalami sesak nafas ketika bekerja pada suatu malam, menyebabkan rakan sekerja segera membawanya ke jabatan kecemasan hospital.Hasil pemeriksaan doktor mendapati buah pinggangnya gagal berfungsi sepenuhnya, dengan paras uremia yang sangat tinggi sehingga menyebabkan edema pulmonari, iaitu pengumpulan cecair di paru-paru.Wanita itu terpaksa diintubasi dan menjalani dialisis kecemasan bagi menyelamatkan nyawanya.Pemeriksaan lanjut turut mendapati dia mengalami proteinuria (protein yang berlebihan dalam air kencing) selama bertahun-tahun, berkemungkinan akibat glomerulonefritis kronik. -Agensi