SEORANG wanita bertindak membuat laporan polis terhadap suaminya atas dakwaan melakukan perzinaan selepas usaha menyelamatkan rumah tangga melalui perbincangan dan mediasi berulang kali gagal.Laporan itu dibuat pada 15 Januari selepas pengadu mendakwa suaminya terus menjalinkan hubungan terlarang dengan seorang wanita lain meskipun telah diberi beberapa peluang untuk berubah. Peguam mewakili pengadu, Ratna Indah Pristiwati, berkata hubungan sulit itu sebenarnya telah diketahui sejak Disember 2024, namun anak guamnya masih berharap suaminya menamatkan hubungan berkenaan demi mempertahankan perkahwinan mereka.Menurutnya, dakwaan zina itu dibuat selepas pengadu menemui bukti gambar dan rakaman video hubungan intim dalam telefon bimbit suaminya, yang kemudian diserahkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan.Lebih mengejutkan, peguam berkata wanita yang menjalin hubungan sulit dengan suami pengadu sebenarnya sudah mendirikan rumah tangga.Perbuatan terlarang mereka dipercayai berlaku di beberapa lokasi termasuk hotel dan kediaman wanita berkenaan.Sementara itu, ibu pejabat polis daerah Madiun, Jawa Timur, Indonesia mengesahkan sudah menerima laporan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.Menurut polis, proses mediasi sudah dijalankan, namun tidak mencapai kata sepakat, menyebabkan pengadu memilih untuk menggunakan saluran undang-undang.Kes itu kini disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan kesalahan perzinaan, dengan hukuman maksimum sehingga satu tahun penjara sekiranya sabit kesalahan. - Agensi.