suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tertekan dihimpit beban kewangan, lelaki bunuh abang alami masalah mental... Cederakan ibu hidap dementia!

Masalah kewangan sering menjadi faktor utama yang mendorong individu melakukan perbuatan di luar kawalan. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan polis, selepas dipercayai membunuh abang kandungnya serta mencederakan ibu mereka gara-gara berdepan masalah kewangan.

Kejadian dilaporkan berlaku di Yongin, wilayah Gyeonggi di Korea Selatan.

Menurut polis dari Yongin Dongbu, insiden itu berlaku di kediaman keluarga mereka sekitar pukul 11 malam, Isnin.

Difahamkan, ibu suspek berjaya melarikan diri dari rumah sebelum meminta bantuan di sebuah kedai serbaneka berhampiran.

Polis yang tiba di lokasi melihat suspek dalam keadaan cedera parah akibat perbuatan mencederakan diri sendiri.

Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan manakala abangnya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai menghidap masalah mental, manakala ibu mereka pula mengalami demensia.

Suspek memberitahu pihak berkuasa dia membuat 'pilihan ekstrem' selepas tertekan dengan masalah kewangan yang dihadapi.

Bagaimanapun, polis memaklumkan siasatan lanjut akan diteruskan selepas suspek pulih daripada kecederaannya. -Agensi

Artikel Lain