Gajah paling sedih di dunia akhirnya mati setelah 43 tahun dikurung sendirian - Dunia | mStar

Gajah paling sedih di dunia akhirnya mati setelah 43 tahun dikurung sendirian

SEEKOR gajah yang digelar 'haiwan paling sedih di dunia' mati pada usia 47 tahun setelah dikurung selama empat dekad di Sepanyol.

Dikenali sebagai Flavia, gajah itu tinggal bersendirian dalam kandanganya di Zoo Cordoba, selatan Sepanyol dan mati pada minggu lalu.

Sebelum ini, kumpulan hak asasi haiwan membuat percubaan untuk memindahkan gajah itu ke habitat asal, namun gagal.

Flavia dikatakan mengalami tekanan dan keadaan itu semakin meruncing sejak beberapa bulan lalu.

"Sejak enam bulan lalu, keadaan fizikal Flavia merosot, tapi ia semakin teruk sejak dua minggu lalu," ujar Amparo Pernichi, anggota majlis perbandaran di Bandar Cordoba.

Ujar Pernichi lagi, Flavia juga dianggap sebagai ikon untuk bandar itu.

Dalam pada itu, gajah merupakan haiwan dalam jenis sosial yang biasanya tinggal dalam unit keluarga masing-masing, di habitat asal.

Dikurung bersendirian selama 43 tahun, Flavia dikatakan mengalami tekanan akibat tidak dapat hidup bersama dengan gajah-gajah lain. - Daily Mail.

Gajah , Flavia , Zoo Cordoba

Artikel Lain