suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi diberi susu formula dalam tempoh 4 bulan selepas lahir berisiko alami obesiti

FOTO: New Kids Center

BAYI yang diberi susu formula dalam tempoh empat bulan selepas dilahirkan berisiko untuk mengalami obesiti.

Begitulah hasil kajian terbaharu yang dijalankan oleh Universiti New Western Sydney (WSU).

Dalam kajian itu, mereka mendedahkan 82 peratus ibu bertindak memberi susu formula dalam tempoh yang terlalu awal kepada bayi mereka.

Antara dapatan kajian lain termasuklah bayi yang diberi susu badan dalam enam bulan pertama berupaya mengurangkan risiko penyakit diabetes.

"Kami menyarankan agar ibu terus memberi susu badan untuk empat ke enam bulan," ujar Dr Mannan.

Katanya, penyelidikan selama 10 tahun itu dijalankan ke atas 346 bayi.

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut menyarankan agar ibu memberi susu badan dan makanan nutrisi lain sehingga bayi mereka berusia dua tahun atau lebih. - Daily Mail.

Artikel Lain