suria

Mahkamah Perlembagaan Thailand Tolak Petisyen Batalkan Pilihan Raya

BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand pada Rabu menolak petisyen untuk memutuskan mengenai kesahihan pilihan raya umum yang dibantah kumpulan-kumpulan antikerajaan.

Petisyen itu dikemukakan bekas anggota parlimen Demokrat Wirat Kalayasiri minggu lepas.

Beliau juga mendesak supaya Parti Pheu Thai yang memerintah dibubarkan dan para eksekutif parti dilarang daripada menyertai politik selama lima tahun.

Parti Demokrat, parti pembangkang terbesar dalam parlimen yang lalu, memulaukan pilihan raya umum 2 Feb lepas yang dijangka dimenangi sekali lagi oleh Pheu Thai.

Bagaimanapun, percubaan untuk membatalkan pilihan raya mungkin diteruskan dan lebih banyak petisyen dijangka dikemukakan pada masa akan datang.

Proses pengundian dalam pilihan raya itu terganggu dan menyebabkan pengundian semula terpaksa diadakan pada April untuk membolehkan pengundi yang sebelumnya tidak dapat mengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

Dalam pada itu, timbul persoalan mengenai 28 kawasan pilihan raya yang tidak ada calon bertanding selepas kumpulan-kumpulan antikerajaan menghalang pendaftaran calon.

Menduduki kerus-kerusi itu adalah penting kerana di bawah undang-undang Thailand, kuorum 95 peratus daripada 500 anggota parlimen diperlukan untuk membolehkan parlimen mengadakan mesyuarat pertama. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Wanita Hamil Selama 44 Tahun

Artikel Berikut

Artikel Lain