suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bank Barclays Umum Henti 12,000 Pekerja Mulai Tahun Ini

LONDON: Bank Barclays mengumumkan yang mereka akan menghentikan 12,000 orang pekerja di seluruh dunia pada tahun ini.

Keputusan drastik itu diambil walaupun bank berkenaan telah kembali membuat keuntungan pada kewangan berakhir 2013.

Malah Barclays turut mengumumkan pemberian bonus kepada kakitangannya.

Keuntungan kumpulan selepas cukai adalah berjumlah AS$886 juta berbanding kerugian yang amat besar pada 2012.

Ketua Pegawai Eksekutif Barclays, Antony Jenkins bagaimanapun turut mengumumkan yang mereka telah membuat keputusan untuk memotong 12,000 pekerjaan mulai tahun ini.

Jenkins menjelaskan dari jumlah tersebut 7,000 staf di cawangan Britain akan dibuang kerja.

Barclays mempunyai 139,000 orang pekerja di seluruh dunia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain