suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Hamil Selama 44 Tahun

Imbasan x yang menunjukan struktur bayi yang telah mengeras selepas berada di dalam kandungan ibunya selama 44 tahun.
Imbasan x yang menunjukan struktur bayi yang telah mengeras selepas berada di dalam kandungan ibunya selama 44 tahun.
Imbasan x yang menunjukan struktur bayi yang telah mengeras selepas berada di dalam kandungan ibunya selama 44 tahun.

Tocantins, Brazil: Doktor di sini terkejut selepas menemui bayi yang telah mengeras seperti batu di dalam perut seorang wanita berusia 84 tahun.

Kali terakhir wanita terbabit hamil adalah pada 44 tahun lalu dan ketika itu dia tidak melahirkan anak kerana diberitahu janin berkenaan telah mati.

Sejak itu bayi terbabit dipercayai mengeras di dalam perutnya dan menjadi Foetus.

Foetus itu dikesan oleh doktor selepas melakukan imbasan x terhadap warga emas berkenaan yang mendakwa mengalami kesakitan di dalam perut.

Doktor yang melakukan pemeriksaan lanjut meminta pembedahan dilakukan namun wanita terbabit enggan mengeluarkan bayi yang dikandungnya sejak 44 tahun lalu.

Doktor selain itu akan turut melakukan pemeriksaan lanjut bagi mengetahui tahap pengerasan bayi itu kerana bimbang akan memberikan komplikasi kesihatan kepada wanita terbabit.

Artikel Lain