suria

Obama Bermain Golf Dengan PM New Zealand Dalam Percutian Di Hawaii

Kaneohe BAY (Amerika Syarikat): Presiden Amerika Syarikat (AS) Barrack Obama bermain golf dengan Perdana Menteri New Zealand, John Key di Hawaii pada Khamis, dalam suatu pertemuan semasa percutian yang jarang-jarang dilakukan Obama dengan pegawai asing.

Beliau menghabiskan masa bermain golf di padang US Marine Corps di pantai timur laut di pulau Oahu.

Obama dan keluarganya menghabiskan lebih dari dua minggu di Hawaii dan telah menyewa sebuah rumah berhampiran kawasan tersebut, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Honolulu, di mana Obama dilahirkan.

Turut bersama pemimpin itu ialah anak lelaki John dan pembantu di White House, Marvin Nicholson yang turut membuat beberapa pukulan dan bergurau senda di hadapan wartawan.

Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Ben Rhodes, yang menyertai presiden ke Hawaii dalam Twitter berkata "New Zealand adalah salah satu daripada kawan-kawan rapat kami (dan menjadi rumah kepada pemain golf yang sangat baik...)."

Dalam satu kenyataan, White House berkata ahli-ahli politik itu telah berbual panjang tentang minat bersama mereka dalam golf dan menikmati peluang untuk menghabiskan beberapa jam bersama-sama untuk bermain golf.

"Presiden Obama dan Perdana Menteri telah mengukuhkan perkongsian erat yang mencerminkan hubungan persahabatan dan kerjasama yang luas antara Amerika Syarikat dan New Zealand," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain