suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh Terbunuh Dalam Runtuhan Bangunan Di India

PANAJI: Bangunan lima tingkat yang masih dalam proses pembinaan di negeri selatan India, Goa runtuh pada Ahad.

Runtuhan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban dan berpuluh-puluh lagi masih terperangkap.

Penguasa Polis Shekhar Prabhudessai berkata, pihaknya masih lagi berusaha untuk mengetahui jumlah pekerja yang berada di kawasan runtuhan yang terletak di Canacon, kira-kira 70 kilometer dari ibu negeri Pajani.

"Ketika kejadian suasana sekitar bagaikan berlakunya gempa bumi,’’ kata seorang saksi kejadian sambil menambah kira-kira 40 orang buruh binaan bekerja di tapak tersebut.

Polis dan penduduk tempatan berjaya mengeluarkan tujuh mayat dari runtuhan.

Sementara itu, pasukan bomba dan penyelamat berusaha memindahkan sisa runtuhan untuk mencari mangsa yang masih terselamat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain