suria

Maharaja Jepun Akihito Sambut Ulang Tahun Ke-80

Maharaja Jepun, Akihito melambai tangan kepada rakyatnya yang menyambut ulang tahunnya ke-80. Foto AFP
Maharaja Jepun, Akihito melambai tangan kepada rakyatnya yang menyambut ulang tahunnya ke-80. Foto AFP
Maharaja Jepun, Akihito melambai tangan kepada rakyatnya yang menyambut ulang tahunnya ke-80. Foto AFP

TOKYO: Beribu-ribu rakyat berhimpun di Istana Empayar Jepun pada Isnin bagi menyambut ulang tahun maharaja negara itu, Akihito yang ke-80.

Beliau memuji isterinya kerana berada di sampingnya dalam meneraju sistem pemerintahan beraja yang tertua di dunia.

Maharani Michiko, merupakan anak hartawan yang menjalankan perniagaan tepung, adalah orang kebanyakan pertama pada zaman moden mengahwini ahli keluarga dalam empayar Jepun.

Pasangan itu berkahwin pada 1959, dan Michiko kini yang berusia 79 tahun turut menjadi maharani pertama yang membesarkan anak-anaknya sendiri, antara lain menyediakan hidangan "bento" sebagai makanan tengah hari untuk dibawa ke sekolah.

"Menjadi maharaja boleh menjadi seorang yang dilanda kesunyian.

"Tetapi... ia memberi keselesaan kepada saya dan hidup gembira kerana mempunyai maharani di samping saya, yang sentiasa menghormati kedudukan saya dan menyokong saya.

"Saya berasa amat bersyukur kerana saya berupaya untuk menjalankan peranan saya sebagai maharaja dengan maharani berada di samping saya," katanya. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain