Himpunan Besar-Besaran Lumpuhkan Bandar Bangkok - Dunia | mStar

Himpunan Besar-Besaran Lumpuhkan Bandar Bangkok

Puluhan ribu penunjuk perasaan anti-kerajaan berhimpun di luar taman Lumpini, Bangkok, lewat petang Ahad. -fotoAP
Puluhan ribu penunjuk perasaan anti-kerajaan berhimpun di luar taman Lumpini, Bangkok, lewat petang Ahad. -fotoAP

BANGKOK: Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan Thailand pada Ahad mengadakan perhimpunan mendesak pengunduran perdana menteri kerajaan sementara Yingluck Shinawatra dan melumpuhkan pusat bandar Bangkok, sehari selepas parti pembangkang mengisytiharkan untuk membokot pilihan raya akan datang.

Sekurang-kurangnya 110,000 orang telah berkumpul di beberapa tempat di seluruh Bangkok pada lewat petang Ahad, kata pegawai-pegawai kepada AFP.

Terdahulu beberapa ribu orang, terutamanya wanita berkumpul di luar kediaman Yingluck yang dikawal ketat, menurut seorang wartawan AFP di tempat kejadian, walaupun Yingluck tidak berada di situ.

Mereka meniup wisel menandakan protes yang panjang dan mengibarkan bendera Thailand sambil orang ramai melaungkan "Yingluck keluar".

Perdana menteri berdepan desakan meletakkan jawatan pada awal Disember selepas pemimpin Parti Demokrat meletak jawatan beramai-ramai dari Parlimen di timur laut negara ini, kawasan pusat parti pemerintah.

Penunjuk perasaan mahu menghapuskan Yingluck dari Thailand dan pengaruh beliau abang beliau Thaksin yang berpangkalan di Dubai, seorang jutawan dan yang merupakan bekas perdana menteri yang digulingkan.

Pemimpin bantahan, Suthep Thaugsuban yang berikrar untuk memusnahkan "rejim Thaksin" menolak panggilan pilihan raya oleh Yingluck yang berkata akan menubuhkan sebuah lagi kerajaan bersekutu - Thaksin.

Artikel Sebelum

Gempa Bumi 5.6 Magnitud Gegar Pakistan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain