suria

Lebih 146 Lukisan Berharga Marcos Hilang di Filipina

MANILA: Lebih daripada 140 lukisan daripada Picasso, Van Gogh dan lain- lain yang dibeli dengan dana yang dicuri oleh bekas diktator Filipina Ferdinand Marcos dilaporkan hilang oleh kerajaan negara itu pada Selasa.

Marcos memberi koleksi ternilai beliau sekurang-kurangnya 300 karya seni kepada kroni-kroninya apabila rejim pemerintahannya runtuh pada tahun 1986.

Hanya kira-kira sebahagian daripada itu terdapat di Manila, kata Andres Bautista, ketua Suruhanjaya Presiden Filipina.

"Marcos penggemar seni dan mereka membelanjakan berjuta-juta dolar membeli lukisan ini," kata Bautista kepada AFP.

146 lukisan oleh Picasso, Van Gogh dan sarjana lain seperti Renoir, Rembrandt dan Cezanne " mungkin kini berada di mana-mana," katanya.

Artikel Lain