suria

India Umum Akhirnya Akan Terima Kapal Pengangkut Pesawat Perang Dari Rusia

The Admiral Gorshkov
 The Admiral Gorshkov
The Admiral Gorshkov

NEW DELHI: India pada Isnin mengumumkan bahawa mereka akhirnya akan menerima kapal pengangkut pesawat perang yang telah diubahsuai semula dari Russia untuk kegunaan angkatan lautnya.

Kapal pengangkut pesawat tersebut yang ditauliahkan sebagai "The Admiral Gorshkov" kini telah pun berusia 30 tahun akan mengantikan INS Vikrant, yang telah pun dihentikan perkhidmatannya sejak 1997.

INS Vikrant merupakan satu-satunya kapal pengangkut pesawat milik India dan mula memasuki perkhidmatan pada tahun 1961.

Menteri Pertahan India, A.K. Antony memberitahu parlimen, kapal yang telah dibaik pulih milik Rusia itu dijangka akan dapat memulakan perkhidmatannya menjelang penghujung tahun 2013.

Ia akan dinamakan INS Vikramaditya sebaik sahaja memasuki perkhidmatan.

Sejak sekian lama, Moscow membekalkan lebih 70 peratus daripada kelengkapan ketenteraan India tetapi kelewatan bekalan dan lain-lain isu berkaitan alat ganti menyebabkan New Delhi beralih kepada Israel, Britain, Perancis dan Amerika Syarikat sebagai pelanggan baru mereka.

Pada asalnya kapal pengangkut pesawat itu patut tiba pada Ogos 2008, pada harga AS$978.4 juta tetapi kini telah mencecah AS$2.3 bilion kerana kelewatan dan lain-lain isu berkaitan alat ganti.

Ini kerana kapal tersebut memerlukan turbin yang baru, dandang baru, pemasangan kabel baru sepanjang 2,500 kilometer dan juga mengukuhkan semula dek penerbangan.

Di bawah kontrak perjanjian asal, pihak kontraktor Rusia akan memasang peralatan senjata baru dan moden, 16 buah pesawat MiG-29 dan sepasukan helikopter anti kapal selam.

Pihak Rusia menyalahkan India di atas kelewatan dan peningkatan kos kerana terpaksa memenuhi permintaan India yang mahukan beberapa peralatan baru dimasukkan yang tidak terkandung di dalam kontrak asal.

Disember tahun lalu, Rusia turut membekalkan sebuah kapal selam berkuasa nuklear seberat 8,140 tan kepada India selepas dua tahun lewat.

Artikel Lain