suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

18 Pekerja Lombong Mati Dalam Letupan Gas Arang Batu Di China

BEIJING: Kemalangan lombong arang batu di barat daya China pada Sabtu membunuh 18 pekerja dan mengakibatkan lima lagi terperangkap, menurut Agensi Berita Rasmi Xinhua.

Terdapat 28 pekerja sedang bekerja dalam lombong Xiangshui kepunyaan kerajaan negeri di wilayah Guizhou apabila letupan arang batu dan gas berlaku kira-kira pukul 11 pagi, dan lima daripada mereka telah diselamatkan, kata Xinhua.

Tiada butiran lain yang diperolehi.

Industri perlombongan arang batu di China adalah paling dahsyat di dunia dengan 1,973 pelombong terbunuh dalam kemalangan tahun lepas.

Peningkatan keselamatan telah mengurangkan kematian dalam tahun-tahun kebelakangan ini, tetapi peraturan sering diabaikan dan kemalangan masih menjadi perkara biasa.

Pada bulan Ogos, letupan lombong di wilayah Sichuan di barat daya China membunuh 44 orang, angka kemalangan tertinggi tunggal bagi industri ini dalam hampir tiga tahun.

Pada bulan September, 20 pelombong meninggal dunia selepas kabel keluli memecahkan lombong di wilayah Gansu di barat laut China.

Artikel Berikut

Artikel Lain