suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

China Sokong Palestin, Hulur Bantuan $1 Juta

BEIJING: Duta Palestin berkata China telah menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin terhadap konflik mereka dengan Israel dan menawarkan untuk menaik taraf status mereka di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan memberi sumbangan $1 juta.

Bassam al-Salhi memberitahu pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama Menteri Luar China Yang Jiechi pada Ahad di Beijing bahawa China menyokong "menghentikan sebarang pencerobohan dari Israel terhadap rakyat Palestin."

Rundingan dibuat selepas hari pertama perdamaian di Gaza selepas pertempuran sengit antara Israel dan militan Hamas.

Satu gencatan senjata pada Rabu mengakhiri lapan hari serangan udara dan oleh Israel dan serangan roket oleh militan Palestin yang membunuh 161 rakyat Palestin dan lima rakyat Israel.

China semakin memainkan peranan diplomatik lebih aktif di Timur Tengah.

Artikel Lain