suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dadah Bernilai RM781.45 Juta Ditemui Dalam Jentera Penggelek Jalan

SYDNEY: Polis Australia berkata, mereka merampas dadah jenis kokain dan methamphetamine bernilai AUS$246 juta (RM781.45 juta) di dalam jentera penggelek jalan yang dihantar dari China.

Polis Persekutuan Australia pada Rabu berkata, mereka menahan seorang lelaki warga Kanada dan seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) di Sydney selepas menemui dadah seberat 350 kilogram.

Kedua-dua mereka didakwa kerana menyeludup dadah dan berhadapan dengan hukuman penjara seumur hidup sekiranya disabit kesalahan.

Ia merupakan kejayaan besar kedua oleh agensi polis itu dalam tempoh seminggu.

Polis berkata, mereka telah mematahkan aktiviti penyeludupan dadah jenis kokain seberat 200 kilogram ke Australia selepas sebuah bot terkandas di pulau kecil di Tonga.

Satu mayat dijumpai di atas bot berkenaan. Pegawai berkata, mereka sedang mengesan punca kematian. - AP

Artikel Lain