suria

Undian Menunjukkan Israel Tidak Puas Hati Dengan Gencatan Senjata

BAITULMAQDIS: Undian menunjukkan kira-kira separuh daripada rakyat Israel berpendapat kerajaan mereka sepatutnya meneruskan serangan tentera terhadap militan Palestin, Hamas yang mengawal Gaza.

Undian bebas Mohot Maagar yang dikeluarkan pada Jumaat menunjukkan 49 peratus daripada responden berasa Israel sepatutnya terus melancarkan serangan terhadap serangan roket yang dilancarkan ke atas Israel.

31 peratus menyokong keputusan kerajaan untuk berhenti manakala 20 peratus tidak mempunyai sebarang pendapat.

29 peratus berpendapat Israel sepatutnya menghantar tentera darat untuk menyerang Gaza.

Israel dan Hamas bersetuju dengan gencatan senjata dua hari lalu.

Undian daripada 503 responden mempunyai margin kesilapan sebanyak 4.5 peratusan mata.

Kajian yang sama menunjukkan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu daripada Parti Likud dan rakan kongsi pemilih Israel Beiteinu kehilangan sedikit sokongan, tetapi masih mampu untuk membentuk kerajaan seterusnya. Pilihanraya ditetapkan pada 22 Januari.

Artikel Lain