suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Separuh Penduduk Israel Mahu Teruskan Serangan Atas Gaza

BAITULMAQDIS: Satu kajian pendapat terhadap gencatan senjata menunjukkan bahawa hampir separuh penduduk negara Israel mahu kerajaan mereka meneruskan serangan tentera terhadap militan Palestin di Gaza yang diperintah Hamas.

Kajian bebas institut penyelidikan Maagar Mohot disiarkan pada Jumaat menunjukkan bahawa 49 peratus rakyatnya berpendapat bahawa Israel perlu meneruskan serangan balas selepas bedilan roket terhadap Palestin.

“Bagaimanapun, kajian mendapati sebanyak 31 peratus rakyat Israel menyokong keputusan kerajaan untuk menghentikan tindakan ketenteraan manakala 20 peratus lagi tidak menyatakan pendapat mereka,” kata institut itu dalam satu kenyataan. -AP

Artikel Berikut

Artikel Lain