suria

Dua Maut Dalam Pergolakan Di Lombong Emas

JOHANNESBURG: Satu syarikat melombong emas Afrika Selatan berkata, dua pekerjanya terbunuh dan seorang lagi cedera dalam keganasan di salah satu lombongnya apabila berlaku pergolakan yang berterusan di negara itu.

Harmony Gold Mining Co.Ltd pada Jumaat berkata, serangan itu berlaku pada lewat Khamis di lombong Kusasalethu dekat Carletonville, kira-kira 80 kilometer di Johannesburg.

Hamorny berkata, operasi di lombong itu tidak akan terjejas berikutan serangan itu.

Syarikat itu berkata, polis sedang melakukan siasatan.

Pembunuhan itu selepas ketengangan di kalangan buruh di lombong itu di Afrika Selatan.

Keganasan semasa mogok di lombong logam Lonmin PLC dekat Marikana yang mengorbankan 46 orang, termasuk 34 pelombong yang ditembak mati oleh polis. - AP

Artikel Lain