suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Indonesia Mengalu-Alukan Gencatan Senjata Di Semenanjung Gaza

JAKARTA: Indonesia mengalu-alukan gencatan senjata di Semenanjung Gaza yang berkuat kuasa pada 9 malam Rabu dan menggesa agar rundingan semula dijalankan bagi proses damai di Timur Tengah.

Rundingan bagi proses damai harus berdasarkan resolusi berkaitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ke arah sebuah negara Palestin merdeka yang hidup dalam aman dan harmoni dengan jiran-jirannya, menurut kenyataan Kementerian Luar Indonesia, Khamis.

Kementerian itu berkata sejak konflik bermula di Semenanjung Gaza pada 14 November, Kerajaan Indonesia secara intensif mengambil langkah melalui pelbagai forum untuk menggesa pelbagai pihak untuk segera menghentikan tindakan ketenteraan, mencegah korban awam dan menyambung semula proses damai melalui rundingan.

Persetujuan itu diketengahkan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono semasa Sidang Kemuncak Asean ke-21 dan Sidang Kemuncak berkaitan di Phnom Penh, Kemboja pada 18 hingga 20 Nov, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain