suria

Pengalaman Perjalanan Lebih Lancar Menerusi Aplikasi iChangi HD Untuk iPad

SINGAPURA: Bermatlamatkan untuk meningkatkan pengalaman perjalanan di Lapangan Terbang Changi Singapura, Changi Airport Group (CAG) melancarkan aplikasi iChangi HD baharu untuk iPad.

Dibangunkan khusus untuk memudahkan perjalanan di lapangan terbang itu, aplikasi iChangi HD membolehkan penumpang menggunakan masa mereka di lapangan terbang dengan bijak menerusi maklumat mudah di hujung jari.

Aplikasi iChangi HD menyediakan akses masa nyata mengenai maklumat penerbangan, peta terminal dan maklumat mengenai premis runcit Changi serta ruang makanan dan minuman.

Bagi penumpang yang pertama kali menjejakkan kaki di sini, aplikasi itu turut menyediakan visual 360 darjah mengenai kemudahan popular serta tarikan yang ada di lapangan terbang itu.

Video panduan ciri-ciri aplikasi itu boleh disaksikan menerusi http://youtu.be/Qy57h5ifK04.

Steve Lee, Ketua Pegawai Maklumat Changi Airport Group, berkata: "Kami membangunkan aplikasi iChangi HD bagi memenuhi keperluan pengunjung yang mahir dalam teknologi dengan keperluan canggih." - BERNAMA

Artikel Lain