suria

Tindakan Mayer Tingkat Risiko Ketegangan Yahoo Dan Google

SAN FRANCISCO: Ketua Pengarah Urusan Yahoo Marissa Mayer telah menarik salah seorang eksekutif pengiklanan tertinggi Google bagi membantu prose pemulihan di Yahoo.

Henrique de Castro bakal meninggalkan Google kerana ditawarkan jawatan ketua pegawai operasi Yahoo pada awal tahun depan.

Perkara tersebut diumumkan pada Isnin, Mayer merupakan jawatan tertinggi di Yahoo selepas meninggalkan Google Inc pada bulan Julai lalu.

Tindakan Mayer dikatakan berisiko meningkatkan ketegangan antara Yahoo dan Google.

Castro telah bekerja di Google sejak 2006, beliau kini naib presiden bahagian utama di bahagian pengiklanan Google.

Beliau akan memulakan kerja di Yahoo pada 22 Januari depan. AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain