suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Warga Emas Ditembak Mati Di Narathiwat

BANGKOK: Dua warga emas ditembak mati dalam dua insiden berasingan di Tanjung Lima, Ranget, Narathiwat, Sabtu.

Ketua Polis Ranget Leftenan Kolonel Somjai Singkliang berkata Samae Rayi, 58, ditembak ketika menoreh getah di Kampung Damabuah, Tanjung Lima, pada awal pagi.

Pada 6 petang, seorang lagi warga emas ditembak mati di Tanjung Lima dan identiti mangsa belum dikenal pasti.

Somjai juga berkata semalam, seorang anggota polis ditembak mati di Tanjung Lima.

Lebih 5,000 orang terkorban sejak kumpulan disyaki puak pemisah meneruskan kempen bersenjata mereka bagi memperjuang kemerdekaan tiga wilayah selatan iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain