suria

Pranab Mukherjee Dipilih Presiden India Ke-13

NEW DELHI: Bekas menteri kewangan, Pranab Mukherjee pada Ahad dipilih sebagai Presiden India ke-13.

Tokoh politik berusia 76 tahun itu memperoleh undi besar untuk mengatasi lawannya, P.A.Sagma, bekas Speaker Dewan Rakyat (Lok Sabha).

Daripada 748 anggota Parlimen, 527 mengundi Pranab manakala Sagma, 64, mendapat 206 undi. Sebanyak 15 undi rosak.

Pranab akan menggantikan presiden wanita pertama, Pratibha Patil, yang tempoh penggal lima tahunnya berakhir Rabu ini.

Prabah akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim India, pada hari tersebut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain